Ubi kayu gula kabung adalah adalah antara juadah tradisi yang digemari tidak kira umur. Rasanya sedap dan tidak susah untuk disediakan. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 kg ubi kayu – kupas dan potong 5 cm panjang
400 ml air
100 gm gula kabung
1 helai daun pandan

CARA MENYEDIAKAN:
1.Panaskan air dan rebus ubi kayu sehingga empuk, angkat dan tapis.
2.Dalam periuk yang lain, panaskan air dan masak gula kabung dan daun pandan sehingga mendidih.
3.Setelah air gula pekat, masukkan ubi kayu yang telah direbus tadi. Hidangkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram