Kecoh harimau Kemensah, polis tingkatkan rondaan

Dari Penulis

PENDUDUK sekitar Kemensah Height gempar selepas tular mesej WhatsApp memaklumkan mengenai seekor harimau ditemui berkeliaran di kawasan itu sejak tengah malam tadi.

Maklumat mengenai “pak belang” itu mula tersebar sekitar pukul 12.45 tengah malam, selepas seorang pengawal keselamatan mendakwa telah terserempak dengan haiwan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, berdasarkan maklumat yang diterima pihaknya telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, bagi membantu mengesan harimau terbabit.

“Pihak Jabatan Perhilitan Selangor telah tiba di tempat kejadian pada pukul 4 petang hari ini bagi menjejaki harimau terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Jenazah Nur Airis Iman, murid tahun 4 maut digilis lori selamat dikebumi

Katanya, sehingga ke saat ini, pihak Jabatan Perhilitan masih berada di lokasi kejadian dalam usaha mengesan harimau tersebut.

“Setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima bersabit insiden ini dan tiada saksi mata yang tampil untuk memberikan keterangan,” ujarnya.

Tambahnya, pengawal keselamatan yang didakwa terlihat harimau itu merupakan warga asing dan adalah pengawal sementara di kawasan kejiranan terbabit.

“Tiada maklumat lanjut diperoleh berkaitan pengawal terbabit dan sehingga kini belum dapat dikesan”.

@utusantvofficial

Polis tengah cari pengawal keselamatan yang dakwa nampak harimau terbabit. #fyp #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Sehubungan itu, pihaknya telah mengambil tindakan mempertingkatkan rondaan sekitar tempat kejadian bagi menjamin keselamatan penduduk.

Mohamad Farouk berkata, pihak Zoo Negara juga telah mengesahkan tiada kes harimau terlepas dari tempat berkenaan.

Pihak polis menyeru orang ramai yang melihat atau tahu tentang maklumat ini untuk tampil memberikan kerjasama.

Masyarakat diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita yang belum disahkan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki pukul bekas isteri di luar balai polis ditahan

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki memukul bekas isterinya dalam sebuah kereta di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi, Kajang,...

More Articles Like This