Syafiq Ahmad kembali semula perkuat JDT

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENYERANG Harimau Malaya, Muhammad Syafiq Ahmad akan kembali memperkuatkan pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) pada baki saingan musim ini.

Penyerang berusia 26 tahun itu yang telah dipinjamkan ke Kedah Darul Aman FC (KDA) awal musim ini bakal menyertai semula JDT selepas tugasan bersama pasukan kebangsaan, Jun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan JDT menerusi laman media sosialnya.

“Selamat kembali Syafiq Ahmad!

“Kelab Bolasepak JDT akan memanggil semula Syafiq Ahmad daripada tempoh pinjaman di KDA FC.

“Beliau akan menyertai semula skuad JDT selepas tamat cuti antarabangsa,” jelas juara bertahan Liga Super itu.

Sepanjang tempoh pinjaman di KDA FC, Syafiq telah membantu Sang Kenari menerusi sentuhan dua gol dan tiga bantuan gol.

Pemain yang berasal dari Sungai Ara, Pulau Pinang itu mula mencuri perhatian apabila diserap ke skuad Piala Presiden Kedah pada tahun 2013 dan merupakan pemain muda yang mencipta nama bersama skuad utama.

Beliau kemudiannya mendapat tawaran JDT dan berpengalaman beraksi dalam kejohanan besar termasuk saingan Liga Juara-Juara AFC.

Baca artikel berkaitan: Syafiq enggan janji ‘bulan dan bintang’, ingin kembalikan rentak permainan bersama Kedah

Rata-rata pemerhati bola sepak tempatan melihat keputusan JDT memanggil semula Syafiq berkait rapat dengan kenyataan kontroversi Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, kelmarin.

Muhammad Sanusi mengingatkan semua pihak agar tidak mewujudkan ‘tokong’ dalam kancah bola sepak tanah air.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menegaskan, bola sepak sepatutnya dimainkan semua golongan dan bukan milik mana-mana individu tertentu.

Muhammad Sanusi turut mendakwa semua mata kini tertumpu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan terdapat beberapa kejadian yang didakwa sangat pelik pernah berlaku dalam arena bola sepak tanah air.

Satu daripada kejadian itu katanya, adalah tambahan masa kecederaan selama 10 minit yang diberikan pengadil sewaktu berlangsung perlawanan antara Negeri Sembilan dan JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This