Tular video aktor lelaki mirip anak penceramah popular berpelukan, bercium?

Dari Penulis

Tular sebuah video memperlihatkan seorang pelakon lelaki yang didakwa anak penceramah bebas popular sedang bercium dengan seorang wanita telah mengundang kecaman warganet dalam media sosial.

Menerusi video berdurasi 26 saat yang tular dalam TikTok itu, pelakon berkenaan dilihat sedang mesra berpelukan dengan wanita lalu mengucupnya pada bibir.

Dipercayai wanita dalam video tersebut merupakan teman wanita aktor berusia 29 tahun itu memandangkan terdapat foto mereka berdua yang digunakan sebagai gambar profil di Instagram.

Aksi mesra mereka itu turut dimuat naik dalam akaun Instagram wanita tersebut dengan menggunakan kapsyen ‘my memory syafitee’.

Usaha URTV untuk mendapatkan kenyataan daripada aktor terbabit tidak berhasil apabila dia bertindak untuk tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, pelakon tersebut pernah terpalit dengan kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita tular sekitar hujung tahun lalu.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, dia memberitahu individu yang dipeluknya itu bukanlah seorang wanita.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This