HANYA kerana membelok kenderaan secara tiba-tiba, seorang lelaki bertindak agresif dengan membelasah warga emas dalam satu kejadian tepi jalan dekat Padang Jawa, Shah Alam tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak memukul warga emas terbabit selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa.
“Suspek berusia 23 tahun telah direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca artikel berkaitan: Lelaki pukul warga emas di tepi jalan diberkas polis
Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing ke atas suspek adalah negatif.
Semalam, UtusanTV melaporkan seorang warga emas berusia 61 tahun dipukul ketika dalam perjalanan ke Putrajaya bersama isteri dan cucu kira-kira pada pukul 12 tengah hari.
Difahamkan, sewaktu mangsa mahu membelok menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang motosikal Yamaha Y15 telah menjerit dan memarahi mangsa.
Mangsa telah keluar dari kereta untuk memeriksa sekiranya berlaku perlanggaran sebelum secara tiba-tiba ditendang oleh suspek pada bahagian dada kiri.
Suspek juga telah duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka serta kepala bertubi-tubi.
Mohd Iqbal berkata, kes disiasat dibawah seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

