Lelaki Myanmar cuba culik kanak-kanak empat tahun di Kuantan diberkas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki warganegara Myanmar diberkas polis selepas dipercayai cuba menculik seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang sedang bermain di kawasan rumahnya di Kuantan, Pahang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi semalam, suspek berusia 30 tahun itu ditahan di tepi jalan berdekatan Pusat Dagangan Batu 3, Jalan Gambang oleh orang awam selepas melihat bapa mangsa mengejar lelaki berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu memaklumkan, polis telah menerima panggilan telefon daripada orang awam mengatakan ada membuat penahanan terhadap suspek.

Bertindak atas maklumat tersebut, beliau memberitahu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bergegas ke lokasi untuk membuat tangkapan.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek tersebut terlibat dalam cubaan melarikan kanak-kanak dari rumah berhampiran dan telah dikejar oleh ayah mangsa.

“Suspek seterusnya berjaya ditahan dengan bantuan orang awam berdekatan lokasi kejadian.

“Lelaki Myanmar itu telah dibawa ke IPD Kuantan dan proses reman telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tindakan pantas orang awam berjaya selamatkan murid sekolah daripada diculik

Menurut Wan Mohd. Zahari, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 365/511 atas cubaan melarikan orang dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Sementara itu, memetik laporan Astro Awani, Wan Mohd. Zahari berkata bapa mangsa yang merupakan seorang penjual ketam nipah telah membuat laporan polis berkaitan kejadian tersebut.

“Hasil laporan itu, bapa mangsa memaklumkan ketika kejadian, dia terdengar bunyi jeritan isterinya mengatakan anak bongsu daripada tujuh beradik itu dilarikan lelaki tidak dikenali.

“Bapa mangsa bertindak mengejar suspek dan dengan bantuan orang ramai, suspek ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis untuk tangkapan semula,” katanya.

Wan Zahari juga berkata, hasil siasatan polis mendapati lelaki Myanmar itu kurang fasih berbahasa Melayu.

“Suspek yang datang ke negara ini sejak tiga bulan lalu tidak mempunyai tempat tinggal dan hanya menumpang di sekitar Jeti Bot Nelayan Batu 3,” katanya.

Suspek dikatakan bekerja membantu kerja-kerja nelayan di situ bagi mendapatkan upah.

“Suspek yang pernah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun mengaku menculik mangsa kerana menyayanginya,” katanya, yang tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai masalah gangguan mental dan emosi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This