SEBUAH kren dilaporkan terjatuh di atas Jalan Rawang Bypass petang tadi telah menyebabkan kesesakan selepas ia menghalang laluan masuk ke Jalan Rawang dan Rawang Bypass.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian kira-kira pukul 3.30 petang.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pemandu lori berusia 39 tahun membawa muatan kren yang diikat di atas lori dalam perjalanan menghala ke Kuala Kubu Bharu dari arah Selayang.
Baca artikel berkaitan: Murid Tingkatan 2 tunggang motosikal maut dirempuh lori
“Ketika sampai di susur masuk Jalan Rawang Bypass, tali pengikat kren dipercayai telah terputus menyebabkan kren jatuh dan terkena papan tanda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zainal Mohamed berkata, kemalangan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa dan hanya mengalami kerosakan pada kren sahaja.
Katanya, kes kini di siasat di bawah Sek 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, saksi kejadian diminta berhubung dengan Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812 atau IPD Gombak 03-61262222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

