Malaysia benam Hong Kong 2-0, Arif Aiman trending

Dari Penulis

MALAYSIA menewaskan Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, malam ini.

Dua gol skuad Harimau Malaya diperoleh melalui sepakan penalti yang disempurnakan Safawi Rasid pada minit ke-31 dan gol kedua oleh Safiq Rahim yang mengambil sepakan percuma pada minit ke-90.

Rata-rata pemain yang diturunkan beraksi dengan cemerlang malam ini dengan beberapa pemain berjaya mendapat perhatian peminat seperti pemain muda, Arif Aiman yang namanya trending di Twitter.

ARIF AIMAN yang memakai jersi No.12 sentiasa melakukan larian-larian yang berbahaya berhampiran pintu gol lawan.

“Kita dapat menyaksikan ‘Revolusi’ Arif Aiman bermula malam ini, dan kembalinya Darren Lok. Kemenangan ini akan meningkatkan momentum menjelang Piala Asia 2023,” kata T. Avineshwaran dalam Twitternya.

Dalam aksi persahabatan kedua selepas membenam Brunei 4-0 Jumaat lalu, pengendali negara Kim Pan-gon hanya mengekalkan dua pemain iaitu Syamer Kutty Abba dan Dion Cools dalam kesebelasan utama.

Malah, pemilihan empat penyerang iaitu Darren Lok, Arif Aiman, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid di bahagian depan nyata membawa impak berkesan dengan benteng pertahanan pelawat tidak senang duduk sepanjang aksi.

SAFAWI raikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO Bernama

Malaysia yang tidak pernah menang ke atas Hong Kong sejak 2012 mendapat gol pertama menerusi sepakan penalti Safawi pada minit ke-31 selepas Akhyar dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Fung Hing Wa.

Begitupun rentak tuan rumah sedikit kendur pada separuh masa kedua terutama selepas Pan-gon mengeluarkan Lok, Akhyar, Arif dan Safawi.

Kemasukan dua tonggak naturalisasi iaitu Guilherme de Paula dan Mohamadou Sumareh serta Safiq Rahim dan Faisal Halim kurang menyengat dan mudah dipatahkan benteng pelawat.

Namun gol tambahan yang dicari tetap hadir di minit 89 hasil sepakan percuma Safiq yang membias terkena benteng lawan untuk mengakhiri aksi dengan kemenangan. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This