Ainil Asyikin Norazman berjaya merangkul anugerah tersebut selepas menewaskan tiga pelajar lain bagi anugerah tersebut.

SEJARAH tercipta apabila seorang bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kelantan berjaya merangkul tempat pertama Anugerah Donald Janseen Dine di Universiti Princeton, Amerika Syarikat.

Ainil Asyikin Norazman berjaya merangkul anugerah tersebut selepas menewaskan tiga pelajar lain bagi anugerah The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research.

Menurut Pejabat Majlis Amanah Rakyat Amerika Syarikat (Mara USA), Ainil Asyikin turut layak untuk meraih USD2,000 melalui kajian bertajuk Automated Defect Detection: An End-to-end Pipeline From Data to Deployment.

“Atas kecemerlangan ini juga, nama beliau telah dicalonkan untuk berada dalam Sigma Xi.

“Sigma Xi merupakan satu daripada pertubuhan professional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai displin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Baca artikel berkaitan: Anugerah MAMA 2021 disiarkan secara langsung selama tujuh jam esok!

“Terdapat lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli kepada Sigma Xi seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA molecular biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist),” kata Mara USA menerusi Facebook hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram