EXCO Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yakin Barisan Nasional (BN) tidak akan mengulangi kesilapan lama yang akan membolehkan pembangkang menabur fitnah dan mengadu domba masyarakat.
“Saya melihat konvensyen dan ulang tahun BN ke-48 ini, jelas menunjukkan, kesepakatan komponen parti BN, dalam mendepani PRU-15, sebagai sebuah parti yang dapat memberi keyakinan kepada rakyat dalam menentukan kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Lembah Pantai itu berkata, walaupun seluruh negara sedang menghadapi masalah ekonomi dan inflasi, rakyat dapat melihat, parti mana yang mampu mentadbir negara dengan lebih baik.
“Rakyat perlu kembali memberikan mandat besar buat BN, dalam mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negara agar dapat kembali menarik pelabur asing untuk melabur ke Malaysia.
“Saya yakin, BN tidak akan mengulangi kesilapan lama dengan memberikan bola tanggung kepada pembangkang yang banyak menfitnah dan mengadu domba rakyat dengan pelbagai tohmahan palsu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.
Katanya, sememangnya BN tidak sempurna tetapi perubahan dan transformasi parti setelah mengalami kekalahan dengan memberikan peluang kepada calon muda yang matang dan muka-muka lama yang berpengalaman untuk menerajui parti dan kementerian, jelas dapat menarik minat dan sokongan rakyat serta anak muda.
Beliau berkata, perubahan dan pendekatan yang akan ditampilkan dengan menawarkan penglibatan besar kepada generasi muda, lama yang berpengalaman untuk diangkat sebagai calon PRU-15.
“Usaha juga dijalanlankan dengan merangsang ekonomi negara agar dapat membela rakyat dengan peluang pekerjaan, bantuan perniagaan, bantuan rakyat, transformasi penjanaan ekonomi yang kukuh serta menambah subsidi agar kos sara hidup rakyat dapat ditampung oleh kerajaan.,” tambahnya. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

