Pembangkang lemah, sekarang waktu terbaik laksana pilihan raya?

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SITUASI semasa yang membelenggu pembangkang susulan daripada beberapa drama melepaskan jawatan pastinya berita baik buat kerajaan memerintah dalam memperkukuhkan kedudukannya.

Ada pihak menyatakan, sekiranya pilihan raya umum dilakukan sekarang, agak kalut juga untuk pembangkang menyediakan barisan kepimpinan yang mampu meyakinkan rakyat.

Justeru timbul persoalan, apakah kerajaan memerintah yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil kesempatan ini meskipun masih berbaki dua tahun sebelum Parlimen dibubarkan.

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali tidak rasa Anwar akan segera membubarkan Parlimen demi memanfaatkan situasi pembangkang yang ketika ini agak tidak menentu.

Beliau yakin Kerajaan Madani akan menggunakan baki pemerintahan untuk memperteguhkan sokongan dengan terus menjalankan proses transformasi seperti dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Baca artikel lain: PM arah titi gantung roboh di Lata Rek diganti segera

“Kelemahan pembangkang sekarang tidak semestinya kerajaan akan laksana pilihan raya segera, saya fikir untuk hadapi pilihan raya Perdana Menteri ada perancangan strategik.

“Dua tahun berbaki adalah sesi untuk mewujudkan masyarakat yang stabil, masyarakat yang berdisiplin. Selepas tiga tahun asas-asas ekonomi sudah dibaiki, kita nampak negara agak baik sekarang ini.

“Perdana Menteri akan menggunakan sepenuhnya dua tahun itu mewujudkan ‘good factor’. Di pihak kerajaan sekarang sangat stabil dengan sokongan 152 dan tidak akan menggugat kedudukan Datuk Seri Anwar,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai keadaan semasa pembangkang, Mazlan melihat kedudukan di antara parti-parti yang bergabung agak rapuh dan ada kemungkinan perpecahan boleh berlaku.

“Perkembangan semasa pembangkang sekarang dalam situasi agak kacau sikit, Perikatan Nasional banyak yang letak jawatan. Dalam situasi sekarang hubungan Pas dengan Bersatu pada satu titik yang agak rapuh sangat.

“Adakah berkemungkinan berpecah? Semua itu adalah perkara yang mungkin berlaku,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This