TINDAKAN gila tiga remaja untuk meraih populariti di media sosial mengundang padah apabila seorang daripada mereka terkorban ketika melakukan cabaran ‘malaikat maut’ di Tangerang, Indonesia.
Difahamkan, cabaran malaikat maut itu memerlukan mana-mana individu cuba melompat ke hadapan lori treler yang sedang bergerak laju di jalan raya.
Kemudian, peserta cabaran itu perlu mengelak daripada dilanggar treler tersebut.
Memetik laporan CNN Indonesia, cabaran tersebut popular di TikTok dan sering kali dilakukan remaja di sana.
Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, tiga remaja terlibat telah melompat ke jalan raya ketika sebuah lori treler sedang bergerak laju.
Baca artikel berkaitan: Lori tayar pecah rempuh enam kereta, satu motosikal
Dua daripada remaja tersebut berjaya mengelak ke tepi, namun, seorang lagi remaja tidak sempat untuk berbuat demikian.
Remaja tersebut dilanggar menyebabkannya terperosok di bawah treler berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

