Berwaspada dengan cacar monyet sewaktu melancong – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia sedang melancong di luar negara terutama negara-negara yang telah melaporkan kes cacar monyet disarankan supaya terus berwaspada agar tidak dijangkiti.

Perkara itu dinasihatkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi rakaman video yang dimuatnaik ke akaun media sosialnya, hari ini.

Pada masa sama, Khairy turut menasihatkan individu yang melancong di luar negara untuk sentiasa berjaga-jaga dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan.

Beliau turut meminta mereka untuk segera mendapatkan rawatan sekiranya mempunyai gejala.

“Bagi yang sedang melancong di luar negara terutama negara telah melaporkan cacar monyet, sentiasa berwaspada. Please be careful (Tolong berhati-hati).

“Elakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan cacar monyet.

“Jika bergejala, dapatkan rawatan segera. Jaga diri,” katanya dalam video tersebut.

Antara negara endemik cacar monyet yang melaporkan kes dari 15 Disember hingga Mei lalu ialah Cameroon, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Congo dan Nigeria.

Baca artikel berkaitan: Kes cacar monyet dikesan di 26 negara – WHO

Selain itu, bagi negara bukan endemik namun sudah melaporkan kes ialah di Australia, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat dan terbaru di Singapura.

Dalam video yang sama, Khairy turut mengingatkan sekali lagi bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) telah menyediakan pelan strategik bagi menghadapi risiko kemasukan penyakit tersebut ke Malaysia.

Antara pelan yang telah dilakukan, kata beliau, termasuk tatacara pengesanan dan notifikasi kes; pengambilan sampel; siasatan dan pengurusan kes serta kontak rapat dan pemantauan di pintu masuk antarabangsa seperti lapangan terbang.

“Bermula 27 Mei lalu, KKM juga telah menambah makluman kesihatan cacar monyet dalam aplikasi MySejahtera.

“Selepas pengembara mengisi borang prapelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang tiba dari negara endemik cacar monyet atau dari negara yang sudah melaporkan kes akan menerima makluman kesihatan tersebut sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri sekiranya ada apa-apa simptom,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This