17.5 tan minyak masak bersubsidi daripada pek 1kg dirampas

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Sandakan merampas 17.5 tan metrik minyak masak bersubsidi menerusi serbuan di sebuah rumah sewa di Batu Sembilan, dekat sini, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azdy Zukkry John berkata dalam serbuan jam 4.30 petang itu, pihaknya turut merampas peralatan digunakan untuk menyeleweng minyak masak, sebuah ‘tangki skid dalam premis dan sebuah lori 10 tan dengan jumlah rampasan bernilai RM98,750.

Hasil siasatan awal mendapati minyak masak bersubsidi dalam pek satu kilogram berharga RM2.50 dipindahkan ke dalam sebuah tangki skiad sebelum diproses dalam pek pembotolan sebelum dijual dengan harga RM7.50 sekilogram ,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya percaya bekalan minyak bersubsidi itu kemudian dijual kepada pihak industri untuk pasaran tempatan ataupun diseludup ke negara jiran.

Dalam serbuan itu, katanya, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan kekurangan minyak masak bersubisidi paket satu kilogram di sini dan penduduk kampung serta golongan berpendapatan rendah mengadu sukar mendapat bekalan minyak masak.- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki menyamar sebagai penjawat awam

POLIS menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menyamar sebagai penjawat awam yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kajang,...

More Articles Like This