Menteri Kanan Perdagangan Antarbangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap ketika hadir ke Malis Dialog Bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Menteri-Menteri Berkaitan Ekonomi di di Pulai Springs Resort, Johor Bahru, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan idealisme dan prinsip perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah jati diri buat beliau dalam arena politik.

Kenyataan itu sekaligus menafikan desas-desus yang berlegar mengatakan Mohamed Azmin akan meninggalkan PPBM.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan terhadap komitmen beliau bersama parti.

“Saya amat menghargai dan berterima kasih atas kenyataan Presiden PPBM yang memberi keyakinan dan kepercayaan beliau terhadap iltizam dan komitmen saya bersama PPBM sebagai wadah politik dan perjuangan demi rakyat.

“Dasar dan inisiatif yang diperkenal beliau hususnya pakej rangsangan ekonomi yang proaktif serta keputusan pantas yang tepat pada masanya mengenai pelaksanaan program vaksinasi besar-besaran.

“Ini telah meletakkan Malaysia di atas landasan yang kukuh dan berdaya tahan bagi menjamin kejayaan pemulihan ekonomi dan usaha menangani krisis kesihatan.

“Malaysia telah diiktiraf sebagai berjaya mengurus pandemik dengan efektif dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Azmin sayu, hiba ketika ziarah pusara Dr Haron Din

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, citra PPBM yang dinamik, progresif dan inklusif amat bertepatan dengan aspirasi zaman demi membangun Malaysia yang bersatu padu.

Jelas beliau, PPBM adalah parti yang berakar dari identiti Melayu dan Bumiputera demi memelihara hak dan kedaulatan bangsa Melayu dan agama Islam.

Katanya, sebagai wadah politik yang berpandangan jauh ke hadapan, PPBM juga mahu mendakap realiti Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama.

“PPBM telah berani melakukan anjakan paradigma dengan meminda Perlembagaan Parti untuk meraikan kepelbagaian kaum dan budaya yang akan menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia.

“Saya ingin menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan PPBM adalah jati diri saya. Sesungguhnya, PPBM wadah unggul untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram