Syamsul Yusof nafi dah bertunang, Puteri Sarah pula kata kalau betul jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak

Dari Penulis

KEMELUT rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah dan suaminya yang juga pengarah Syamsul Yusof nampaknya masih tidak berkesudahan.

Memasuki episod baharu, Syamsul kini didakwa sudah mengikat tali pertunangan dengan Ira Kaza yang merupakan anak kepada pelakon senior, Kaza Saisi.

Malah, Puteri Sarah turut menerima mesej peribadi (DM) di Instagram daripada seorang pengikutnya yang berkongsi tangkap layar mengenai kisah suaminya sudah bertunang.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulis Puteri Sarah di Instagram Storynya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kisah Syamsul nak kahwin lagi, biarlah….Saya tak kuasa ambil kisah…,” – Puteri Sarah Liyana , Puteri Sarah terkilan masih diganggu Ira Kaza, jadi punca tak tinggal sebumbung dengan suami , “Perkara ini susah untuk diulas, saya perlu jaga hati anak & menantu…,” – Yusof Haslam

Dalam pada itu, menerusi laporan Harian Metro, Puteri Sarah ketika ini sedang sibuk di set penggambaran dan enggan memeningkan kepalanya dengan isu membabitkan suaminya yang akan berkahwin lagi.

Sementara itu, Syamsul turut menafikan berita seperti yang tersebar di sebuah portal gosip yang mendakwa dia kini bergelar tunangan kepada Ira.

Dalam ruangan gosip itu, seorang pengguna yang menggunakan nama Hannah Montana mendedahkan Syamsul sudah bertunang.

“Syamsul dan Ira Kaza sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!,” tulis pengguna akaun itu.

Ira Kaza, wanita yang dikaitkan dengan Syamsul Yusof

Sekitar Mei lalu, industri hiburan kecoh apabila timbul spekulasi pengarah Mat Kilau itu sudah berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Ira.

Malah, beberapa bulan lalu, Puteri Sarah turut mendedahkan identiti wanita yang memporak-perandakan rumah tangganya sejak empat tahun lalu.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada Mac 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5; dan Summayah, 3.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This