KELIBAT pengarah filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak kelihatan sepanjang tempoh majlis tayangan perdana karya terbaharunya itu di Starling Mall, Petaling Jaya semalam.
Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dikatakan mengalami masalah kesihatan sehingga tidak dapat menghadiri majlis tayangan perdana tersebut yang turut dihadiri oleh barisan pelakon dan juga bapanya, Datuk Yusof Haslam.
“Dia tidak sihat, jadi begitulah,” ulas ringkas pihak penganjur.
Perkara tersebut telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penonton dan media kerana banyak persoalan yang ingin diajukan berkenaan filem arahannya itu dan juga kontroversi yang terpalit melibatkan dirinya serta anak kepada pelakon Kazar Saisi, Ira.
ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa di mahkamah…,” – Puteri Sarah mahu saman siapa?,Puteri Sarah terkilan masih diganggu Ira Kaza, jadi punca tak tinggal sebumbung dengan suami
Bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam ketika ditemui semalam, menolak spekulasi bahawa dia akan menerima menantu baharu dan enggan untuk menjawab berkenaan hal peribadi anaknya itu kerana bimbang akan diputar belitkan sehingga hubungannya bersama anak-anak, menantu dan orang sekeliling tercalar.
“Perkara ini susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terbabit.
“Benda ini, kalau saya komen, akan disalah tafsir dan menimbulkan salah faham kepada banyak pihak. Serba salah saya dibuatnya,” katanya kepada URTV.
Sebagai seorang bapa, Yusof hanya mampu berdoa agar anaknya itu terus kuat dalam menghadapi kontroversi ini dan menganggap ia sebagai satu perjuangan untuk terus berjaya.
“Buat Syamsul, saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya.
Bagi pihak isteri pengarah tersebut pula iaitu Puteri Sarah, dia akui bahawa sehingga kini sudah lama Syamsul tidak tinggal sebumbung dengannya namun tiada tanda-tanda bahawa mereka akan berpisah.
Sebelum ini dalam laporan sebuah portal hiburan mengatakan Syamsul telah berjumpa dengan bapa wanita tersebut dengan hajat untuk menjadikan dia sebagai isteri keduanya.
Untuk rekod, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini berkisarkan tentang perjalanan seorang pahlawan melayu, Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnua, bangkit menentang penjajahan British.
Karya epik yang bakal ditayangkan tidak lama lagi ini dibintangi oleh Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau dibantu oleh pelakon terkenal tempatan antaranya Beto Kusyairy (Wahid), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin), Khir Rahman (Usup) dan penampilan istimewa dibawakan khas dari Indonesia Yayan Ruhian (Toga)

