Polis jumpa senjata api kedua milik penyamun yang maut ditembak

Dari Penulis

POLIS menemui sepucuk pistol jenis Smith & Wesson di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna milik seorang penjenayah yang ditembak mati di sebuah kondominium di Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Senjata api kedua itu ditemui di dalan satu satu beg kitar semula.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis Toyota Estima milik suspek pada Selasa pukul 1.30 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan pistol tersebut, enam butir peluru hidup di dalam silinder dan sebungkus sampul duit yang mengandungi tujuh butir peluru hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan maklumat risikan, pihak polis percaya senjata api tersebut merupakan milik penjenayah terbabit.

Baca artikel berkaitan : Geng Ah Beng curi kereta mewah dua minit tumpas

Sehubungan itu, polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pemilikan senjata api untuk membantu dalam siasatan terbabit.

“Polis juga kini masih meneruskan siasatan dan risikan untuk mengesan saki baki ahli kumpulan dan senjata api,” ujarnya.

Azmi berkata, maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Siasatan Jenayah ditalian 03-21460685 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Mohd Hasni Hussin di talian 019-998 4444, atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Isnin lalu, UtusanTV melaporkan polis telah menerima laporan kes samun tiga lelaki Cina dengan bersenjatakan pisau pada 11 November lalu pukul 6.30 pagi.

Katanya, suspek telah masuk ke kediaman mangsa dan melarikan wang tunai, barang kemas serta tiga utas jam tangan mewah dengan nilai kerugian sebanyak RM693,000.

Bertindak atas maklumat, polis telah melakukan serbuan di sebuah kondominium.

Suspek jua telah melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum polis membalas serangan terbabit bagi melindungi diri.

Suspek juga ditemui dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Hasil pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan sepucuk pistol semi automaik jenis CZ 75 Compact yang mengandungi lima peluru hidup di dalam kelopak serta satu peluru di dalam silinder peluru.

Polis juga menemui sebutir bom tangan di dalam beg silang suspek.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This