Taklimat khas 5G kepada Pemuda UMNO Jumaat – Annuar

Dari Penulis

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa telah mengambil inisiatif untuk mengatur majlis bagi memberikan taklimat secara terus kepada Pemuda UMNO berhubung pelaksanaan Projek 5G Kebangsaan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) Jumaat ini.

Annuar berkata, beliau telah meminta Kementerian Kewangan (MOF), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan DNB untuk memberikan taklimat berkenaan pelaksanaan projek itu di Angkasapuri pada pukul 10 pagi.

“Memandangkan majlis dan penjelasan ini amat penting bagi membolehkan golongan muda dan pemimpin parti mendapat penjelasan dan maklumat terkini, saya juga akan memanjangkan jemputan ini kepada beberapa pemimpin sayap Puteri dan Pergerakan Wanita UMNO.

“Semoga melalui majlis ini, semua persoalan yang dibangkitkan dapat dijelaskan secara terperinci oleh agensi yang terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan memorandum yang diserahkan oleh sayap pemuda parti itu pada 21 Jun lepas kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berhubung pelaksanaan 5G oleh DNB.

Baca artikel berkaitan: 5G: Rundingan syarikat telco, DNB masih dijalankan, tarikh tutup 30 Jun – Annuar

Exco Pemuda UMNO Fairuz Jamaludin yang juga Pengerusi Sekretariat Pekerja Pemuda UMNO, mewakili sayap itu menyerahkan memorandum yang antaranya mendesak siasatan menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap DNB berkaitan pelaksanaan projek 5G.

Annuar berkata beliau telah memanjangkan memorandum itu kepada MoF memandangkan kebanyakan perkara yang terkandung dalam memorandum berkenaan berada di bawah bidang kuasa MoF.

Mengulas lanjut Annuar berkata berdasarkan penelitian yang dibuat terhadap perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu, didapati banyak maklumat yang tidak tepat dan tidak terkini yang sampai kepada pihak Pemuda UMNO.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO kerana menyampaikan pandangan mereka dan saya berpandangan selaku pemimpin muda, mereka berhak untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam, tepat dan terkini mengenai pelaksanaan 5G ini secara terus ‘from the horse’s mouth’ atau daripada pihak yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan 5G ini,” katanya.

DNB yang dimiliki sepenuhnya oleh MoF (diperbadankan) telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi parti neutral tunggal untuk melaksanakan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This