Kecoh buaya gergasi diikat atas lori di Bandar Antipolo, Filipina

Dari Penulis

KECOH di media sosial rakaman seekor buaya gergasi diikat di atas sebuah lori treler, Bandar Antipolo, Filipina, kelmarin.

Memetik laporan Philnews.ph, rakaman buaya itu yang tular telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, di negara tersebut.

Menerusi video terbabit dapat dilihat pihak berkuasa sedang mengawasi reptilia berkenaan untuk di bawa ke suatu tempat.

Kehadiran sang bedal itu telah menarik perhatian pengguna jalan raya sekitar Bandar Antipolo sehingga berlaku kesesakkan lalu lintas.

Bagaimanapun, reptilia tersebut yang dikenali sebagai “Dakila” hanyalah satu figura bukannya haiwan sebenar yang digunakan untuk sebuah filem bertajuk Lolong.

Baca artikel berkaitan : Mayat remaja lemas di Tasik Sarikei ditemukan

Figura buaya tersebut telah dipaparkan di beberapa buah bandar antaranya Antipolo, Pasig dan Marikina.

Buat info, Lolong direkodkan sebagai seekor buaya air masin terbesar dengan memiliki ukuran sepanjang 6.17 meter dengan berat 1,075 kilogram.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This