Hari Raya Aidiladha disambut Ahad, 10 Julai

Dari Penulis

UMAT Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada hari Ahad, 10 Julai.

Perkara itu diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman sebentar tadi.

Ini selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah adalah pada hari Jumaat, 1 Julai 2022.

“Oleh yang demikian Hari Raya Korban, 10 Zulhijjah bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah pada Ahad, 10 Julai 2022,” katanya menerusi pengumuman khas yang disiarkan saluran RTM 1 dan stesen televisyen nasional.

Tarikh 10 Julai itu adalah seperti mana dalam kalendar asal.

Baca: Esok hari raya, bukan Selasa

Pengumuman malam ini menjadi perhatian setelah tarikh 1 Aidilfitri lalu jatuh awal sehari berbanding takwim asal.

Ini setelah salah satu lokasi cerapan iaitu di Labuan dapat melihat anak bulan Syawal 1443 Hijrah.

Permulaan Zulhijah pada Jumaat bermakna umat Islam yang melakukan ibadat korban tahun ini masih boleh menggunting rambut dan memotong kuku sehingga esok.

Berdasarkan Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), disunatkan untuk tidak berbuat demikian sehingga selesai ibadat korban masing-masing.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This