Esok hari raya, bukan Selasa

Dari Penulis

SAH, Hari Raya Aidilfitri di negara ini bakal disambut esok iaitu Isnin bersamaan 2 Mei.

Perkara itu seperti diumumkan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen tempatan.

Aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, sejak petang tadi.

Ini bermakna umat Islam di Malaysia berpuasa selama 29 hari pada tahun ini dan bukan 30 hari seperti mana dalam kalendar asal.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Daud Bakar melakukan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi umat islam sambil disaksikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah (kiri) di Menara Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This