Pamer tanda harga caj potong ayam, tapi jangan melampau – KPDNHEP

Dari Penulis

PENJUAL ayam perlu mempamerkan tanda harga caj tambahan upah memotong ayam supaya pengguna diberi pilihan sama ada untuk menggunakan khidmat itu atau tidak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bagaimanapun caj yang dikenakan tidak haruslah melampau.

ALEXANDER NANTA LINGGI./Gambar FB KPDNHEP

Kata beliau, jika terdapat aduan caj dikenakan tidak munasabah, maka tindakan boleh dikenakan ke atas peniaga terlibat.

“Kalau peniaga kenakan caj (tambahan potong ayam) mereka sepatutnya mempamerkan (tanda harga) untuk pengguna tahu mereka akan dikenakan caj itu. 

“Tapi kita nasihatkan janganlah caj dengan harga tidak berpatutan. Kalau ada aduan (caj potongan atau caj melampau) diterima dan bila kita siasat caj itu tidak berpatutan, kita akan ambil tindakan. Kita ada peraturan dan undang-undang untuk menangani masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau harga barang di Pasar raya Checkers, Seksyen 15, di Shah Alam hari ini.

Baca: Harga siling baharu ayam, telur diumum, libat subsidi RM369.5 juta 

Sementara itu, kata Alexander, kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak khususnya penternak, peniaga dan pengguna sebelum menetapkan harga siling baharu ayam RM9.40 sekilogram berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, penetapan harga itu dibuat selepas perjumpaan dengan pelbagai pihak khususnya pemain industri selain pengiraan margin penjualan ayam oleh kementerian.

Katanya, usaha itu bagi memastikan penternak dan peniaga masih meraih keuntungan manakala pengguna mampu mendapat harga ayam yang berpatutan.

“Sebelum ke sini (Pasar raya Checkers), saya buat lawatan sebentar ke Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam berjumpa dengan peniaga ayam. Saya tanya peniaga di sana mengenai harga baharu siling ayam dan majoriti mereka berpuas hati dengan harga siling kali ini.

“Mereka mengatakan tiada keperluan lagi untuk mengenakan caj potong bagi meraih keuntungan daripada jualan ayam mereka,” katanya seperti dilapor media.

Nanta berkata, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah terbaik supaya bekalan barangan bersubsidi seperti ayam dan minyak masak peket satu kilogram hanya dinikmati rakyat negara ini terutama golongan sasar dan memerlukan.  


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This