Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan GAMBAR: Abd Razak Aid

UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Justeru, Timbalan Presiden UMNO itu berkata, cakap-cakap segelintir individu yang bertentangan dengan dasar itu tidak sepatutnya dijadikan sebagai pandangan parti UMNO mahupun BN.

Beliau juga menegaskan tiada pihak dalam UMNO dan BN yang menyerang kepimpinan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, malah parti memberikan sokongan kepada Ismail Sabri dengan penuh ikhlas.

“Kita memperakui baru-baru ini Perdana Menteri (Ismail Sabri) merupakan calon ‘poster boy’ (Perdana Menteri) kita menghadapi pilihan raya (PRU15), ini jelas menunjukkan keikhlasan parti untuk kita pastikan ketenangan dalam parti itu dapat kita capai sebelum kita hadapi pilihan raya.

“Tetapi cakap-cakap satu, dua orang itu tidak boleh dijadikan sebagai dasar parti ya, dasar parti jelas memperakukan ‘poster boy’ kita adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Sabah hari ini.

Baca artikel berkaitan: “Saya PM daripada BN, serang saya bermakna melemahkan kepimpinan BN” – Ismail Sabri

Beliau diminta mengulas ucapan Ismail Sabri pada Majlis Makan Malam Ahli Dewan Tertinggi BN Bersama Kepimpinan BN Sabah malam tadi yang menekankan perpaduan dalam parti selain mengingatkan bahawa beliau Perdana Menteri daripada BN justeru tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan BN.

Mohamad berkata apa yang penting dalam UMNO dan BN adalah memupuk perpaduan dan kesepakatan dalam parti itu yang perlu serta amat penting ketika parti menghadapi PRU15.

“Lagipun kita memang menjadikan kestabilan itu sebagai kita (BN) punya tagline iaitu kestabilan demi kemakmuran,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram