Keputusan permohonan ke Tingkatan Enam diumum 7 Julai

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyemak keputusan permohonan ke Tingkatan Enam bagi sesi 2022 mulai 7 Julai ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, semakan keputusan boleh
dilakukan secara dalam talian menerusi Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam melalui
pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Jelas kenyataan itu, bagi murid lepasan SPM tahun 2021 yang tidak mempunyai capaian
internet boleh menyemak keputusan tawaran melalui sekolah asal masing-masing.

KPM berkata, bagi lepasan SPM tahun 2021 yang tidak menerima tawaran ke Tingkatan
Enam boleh mengemukakan permohonan rayuan secara dalam talian melalui pautan
https://sst6.moe.gov.my/ mulai 7 Julai 2022 hingga 24 Julai 2022.

Baca artikel berkaitan: KPM kaji punca 25,000 calon SPM 2021 tidak duduki peperiksaan

Jelas KPM, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet pula, rayuan boleh dibuat melalui sekolah masing-masing.

“Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan
dimaklumkan pada 1 Ogos 2022 melalui portal yang sama.

“Sekiranya tidak mempunyai capaian internet, keputusan permohonan rayuan akan
dimaklumkan oleh pihak sekolah pada tarikh yang sama.

“Mereka yang ditawarkan ke Tingkatan Enam perlu melapor diri pada 25 Julai 2022 di
Kolej atau Pusat Tingkatan Enam dinyatakan dalam surat tawaran,” jelas KPM.

KPM berkata, bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This