bacaan ketika tawaf

Bacaan yang khusus semasa haji dan perlu dibanyakkan sejak berniat ihram adalah bacaan talbiyah, “Labbaika Allahumma labbaika, labbaika la syarika laka labbaika, innal hamda wanni’ mata, laka wal mulka, la syarika la .”

Hal itu disebut di dalam hadis daripada Fadhal katanya, “Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca talbiyah sehingga tiba waktu melontar jumrah.”

Ketika di Arafah, talbiyah dihentikan sementara untuk memberi tumpuan kepada bacaan zikir (kalimah tauhid), “laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, lahul mulku walahul hamdu wa huwa alaa kulli syaiin qadiir.”

1. Bacaan yang paling penting semasa mengerjakan haji dan umrah adalah talbiyah. Ia dibaca sepanjang perjalanan dari tempat miqat hinggalah masuk ke Masjidilharam.

2. Tiada bacaan khusus ketika melihat Masjidilharam kecuali doa yang biasa kita baca ketika memasuki masjid. Bacaan doanya adalah sama untuk semua masjid walau di mana pun juga kita menghadirkan diri. Begitu juga halnya ketika melihat Kaabah, tidak ada doa yang khusus untuk dibaca. Jika ada yang tertera pada buku panduan haji, ia sekadar garis panduan.  

Jika ada kelapangan dan sempat untuk membacanya, bacalah. Jika membacanya hingga menyusahkan orang lain dan menghalang laluan kerana kita perlu berhenti dan membaca satu persatu doa yang ditulis, itu menyulitkan. Ketika melihat Kaabah, bacalah zikir yang memuji kebesaran Allah.

3. Kemudian ketika kaki melangkah untuk mengerjakan tawaf yang dimulakan di sudut Hajarulaswad, niat pun dibaca tanpa perlu berdiri terlalu lama di garisan yang ditandakan dengan lampu hijau kerana ia akan menyebabkan kesesakan dan mendatangkan kesukaran. Apabila hendak memulakan tawaf di Hajarulaswad kita baca, “Bismillahi Allahuakbar.” Atau pun di dalam riwayat yang lain ada disebutkan hanya baca, “Allahuakbar”.

4. Semasa pusingan tawaf dilakukan, tidak ada bacaan khas yang dibaca oleh Nabi s.a.w. Tidak ada bacaan khusus yang ditetapkan pada pusingan tawaf pertama, kedua hingga ke tujuh. Bacaan yang dianjurkan di dalam buku panduan haji dan umrah sekadar garis panduan dan tidak diwajibkan untuk membacanya mengikut apa yang dicatatkan di dalam buku itu.

Jika tidak ikut doa yang telah disediakan di dalam buku panduan, tidak menjadi kesalahan. Namun sekurang-kurangnya dengan adanya buku itu maka tidaklah tertanya-tanya atau hilang arah untuk membaca apa.

Jangan susah hati hingga hilang fokus kerana bacaan doa yang dicatatkan di dalam buku belum sempat habis dibaca tetapi pusingan tawaf pertama sudah hampir habis. Jangan menyusahkan diri hanya untuk membaca doa yang dicatatkan di dalam buku panduan haji itu. Jika boleh baca, bacalah. Jika tidak boleh, tidak menjadi masalah. Bacalah apa saja bacaan yang baik seperti zikir atau pun berdoa.

5. Apabila sampai di rukun Yamani bacaannya pula adalah, “Rabbanaa aatina fiddunia hasannah wafilakhirati hasanah wa kinaa ‘aza bannar.” Itu sajalah bacaan yang khusus semasa di dalam tawaf.

6. Sampai semula di Hajarulaswad maka bacalah, “Bismillah Allahuakbar,” untuk memulakan pusingan tawaf yang kedua.

7. Semasa tawaf tidak ada zikir atau bacaan yang khas, maksudnya buat apa saja perkara yang baik itu dibenarkan dan tidak menjadi kesalahan. Kita boleh buat apa saja perkara yang baik termasuklah berfikir tentang kebesaran Allah, bertafakur, meminta ampun, berdoa, berzikir dan membaca Al-Quran, semuanya boleh.

Perkara yang paling baik semasa bertawaf adalah membaca doa yang kita sendiri faham maksudnya. Doa yang paling afdal adalah doa  yang dibaca  di dalam bahasa ibunda kita berbanding bahasa Arab. Barulah datang penghayatannya dan terus dari hati. Tidak jadi masalah untuk berdoa dengan doa sendiri tanpa mengikut buku panduan dan tidak terpesong niat tawaf.

Tidak semestinya solat sunat dua rakaat di lakukan di sekitar kawasan ini. Seluruh Masjidilharam juga adalah makam Ibrahim

Alasannya, doa itu bukan merupakan syarat sah tawaf. Malah jika kita hendak senyap iaitu tidak berzikir atau pun berdoa pun boleh. Maksudnya, senyap dan bertafakur sambil bertawaf, berfikir tentang nikmat kebesaran Allah pun sudah memadai.

Andainya selepas ini ada yang mendakwa bahawa doa itu dan ini yang terbaik dibaca sewaktu tawaf, ia adalah tidak benar.

8. Habis tujuh pusingan, Rasulullah akan pergi ke belakang makam Ibrahim untuk menunaikan solat sunat dua rakaat. Baginda membaca surah al-Baqarah ayat 125, “…dan jadikanlah oleh kamu makam Ibrahim itu sebagai tempat solat.”

Maksud makam Ibrahim adalah keseluruhan di dalam Masjidilharam. Tidak semestinya betul-betul di makam Ibrahim. Biasanya jemaah salah faham apabila disebut di belakang makam Ibrahim. Maka tempat yang dituju adalah betul-betul di belakang makam Ibrahim hingga berpusu-pusu orang di situ dan menghalang laluan tawaf jemaah lain.

Sebaiknya, carilah tempat yang tidak sesak dengan jemaah untuk tunaikan solat sunat meskipun hingga ke tingkat atas Masjidilharam, ia tetap dikira di belakang makam Ibrahim. Di dalam solat sunat itu Rasulullah membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan al-Ikhlas pada rakaat kedua.

9. Setelah selesai, Nabi s.a.w minum air zamzam dan membasahkan kepala untuk menyegarkan kembali badannya. Kemudian Rasulullah kembali semula ke sudut Hajarulaswad seolah-olah hendak memulakan tawaf semula. Tetapi Nabi tidak melakukan tawaf sebenarnya. Baginda hanya membaca, “Bismillahi Allahuakbar.” Kemudian Nabi pusing belakang untuk menuju ke Safa bagi memulakan Sa’i.

____________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:

Facebook: https://www.facebook.com/utusantv

Twitter: https://twitter.com/UtusanTV

Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en

#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyenFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShareFacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare