Tiada perbincangan kerjasama tanding Pemilihan UMNO – Annuar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“KAMI tak pernah duduk dan mengadakan perbincangan tentang perkara ini.”

Itu kata Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berhubung spekulasi beliau akan bergandingan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi merebut dua jawatan tertinggi dalam Pemilihan UMNO.

Menurut Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, apa yang penting ketika ini adalah menyelesaikan soal rakyat.

Annuar bagaimanapun mengetahui ada pihak yang menyebarkan kononnya barisan ‘kem’ Ismail Sabri untuk menghadapi Pemilihan UMNO.

“Kami tidak pernah mengadakan perbincangan soal ini, saya tahu ada beberapa pihak menyebarkan carta itu tetapi saya merasakan ada banyak masa lagi untuk memikirkan soal tersebut.

“Kami mempunyai masa yang sangat terhad kerana banyak benda yang perlu dilakukan, jadi susahlah, saya tak tau (mengenai perkara itu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Penghargaan Industri Ekonomi Digital Malaysia sempena sambutan Jubli Perak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Baca artikel berkaitan: Siapa nak protes, saya tawarkan jumpa bagi idea – Annuar

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai ada pihak yang mempertikai pelantikan beliau selaku Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar menyatakan ia adalah keputusan secara kolektif dilakukan Jemaah Menteri.

Malah, beliau berkata, kertas Jemaah Menteri berhubung soal pasukan khas itu pun bukan dibawanya atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Ia adalah keputusan yang dibuat secara kolektif kerana Jemaah Menteri berpendapat ada perkara tertentu yang perlu diberi lebih perhatian.

“Perdana Menteri juga tidak berpuas hati dengan usaha yang kita buat kerana beliau mahu kita berusaha lebih lagi dan diuruskan dengan lebih berfokus.

“Jawatankuasa kita adalah sebahagian daripada Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan Perdana Menteri.

“NACCOL itu lebih kepada kos sara hidup manakala pasukan kami memberi tumpuan kepada kadar inflasi dan kenaikan harga barangan,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This