SEORANG kanak-kanak lelaki berusia setahun terperangkap di dalam Honda Civic dalam satu kejadian di hadapan sebuah restoran dekat Kuala Kurau, Sungai Besar di Selangor pada petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 4.45 petang.
Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar dan jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Bomba tiba dua minit kemudian dan mendapati seorang kanak-kanak berada di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan : Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan, kelar isteri, anak guna pisau pemotong daging
Jelasnya, kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan menggunakan dawai khas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

