Dua kampung di Baling dilanda banjir kilat selepas hujan lebat

Dari Penulis

HUJAN lebat berterusan selama tiga jam menyebabkan dua buah kampung iaitu Kampung Iboi dan Kampung Tanjung Luas di Mukim Kupang di Baling dilanda banjir petang tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Rasidah Kassim berkata hujan lebat yang bermula kira-kira 2 petang tadi mengakibatkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing.

“Pihak APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) menerima laporan tentang banjir kilat tersebut pada kira-kira pukul 6 petang dan anggota APM Baling kemudian membuat tinjauan ke lokasi kejadian.

KEADAAN salah sebuah rumah di Mukim Kupang, Baling yang dinaiki air banjir hari ini. – Gambar FB Aduan Rakyat Kedah

“Anggota APM mendapati beberapa rumah dimasuki air susulan banjir kilat tersebut bagaimanapun setakat ini tiada pusat pemindahan dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini pihaknya sedang mengemas kini maklumat berkaitan bencana itu termasuk jumlah mangsa terlibat serta jumlah rumah yang terjejas atau mengalami kerosakan.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This