Suspek, mangsa kes cubaan samun guna sabit maut

Dari Penulis

SEORANG suspek dan seorang mangsa maut dalam satu kejadian cubaan samun di Taman Perindustrian Kepong, Gombak pada pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang warga tempatan berhubung kejadian pada pukul 8.08 pagi.

Jelasnya, saksi telah menemui seorang lelaki dengan bangsa tidak pasti dalam keadan tertiarap dan berlumuran darah.

Hasil siasatan mendapati lelaki warga asing berusia 50 tahun itu merupakan suspek kes samun dan terdapat sebilah sabit panjang pada genggaman tangan kanannya.

“Manakala mangsa yang juga warga asing berusia 48 tahun telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Baca artikel berkaitan : Peniaga ditahan selepas ubah Nissan Skyline R32 jadi kereta polis

Mengulas lanjut, siasatan mendapati suspek telah datang ke premis dan berbual dengan mangsa sebelum secara tiba-tiba menyerang dengan menggunakan sabit beberapa kali.

“Mangsa telah mengambil sebuah kerusi plastik untuk mempertahankan diri.

“Malah senjata terbabit telah terkena pada bahagian peha kiri suspek,” katanya.

Suspek bertindak lari ke luar namun rebah di atas jalan pada jarak kira-kira 36 meter dari lokasi kejadian.

“Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan”.

@utusantvofficial

AMARAN imej dipaparkan mungkin mengganggu emosi. Kejadian di Taman Perindustrian Kepong, Gombak | 3 JUL 2022. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Jelasnya, mangsa yang dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut telah disahkan meninggal dunia pada pukul 12.15 tengah hari.

“Motif kejadian disyaki cubaan samun hingga menyebabkan kematian dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Bagaimanapun, kes dianggap selesai memandangkan mangsa dan suspek yang terlibat dalam kejadian ini telah meninggal dunia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This