Peniaga ditahan selepas ubah Nissan Skyline R32 jadi kereta polis

Dari Penulis

SEORANG peniaga aksesori kereta ditahan malam tadi selepas bertindak mengubah suai sebuah Nissan Skyline R32 sehingga menyerupai kereta rasmi pasukan polis.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menangkap suspek berusia 45 tahun itu pada pukul 10.30 malam.

Jelasnya, polis juga merampas Nissan Skyline R32 yang dipamer di satu acara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

“Polis juga merampas serangkai kunci kereta bersama sekeping slip penyertaan pameran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas.

Baca artikel berkaitan : Pekerja melecur 50 peratus, stor kedai Mr. DIY terbakar

“Siasatan masih diteruskan dan suspek telah dijamin selepas segala urusan lengkap,” ujarnya.

@utusantvofficial

Tak boleh syok sendiri ubah jadi kereta polis. Tuan dengan kereta kena angkut. #fyp #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok

♬ original sound – CEO OF CIKGU SEKOLAH – girl fighter ?⚔️

Jelasnya, pihak polis tidak menerima sebarang laporan, tetapi suspek ditangkap hasil daripada pemerhatian.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This