DUA orang remaja maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaiki dalam satu kejadian di Kilometer 25, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas Nusajaya dekat Iskandar Puteri, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, pemandu kereta merupakan remaja lelaki berusia 19 tahun serta penumpang wanita berusia 15 tahun disahkan maut di tempat kejadian.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 12.30 tengah malam.
Jelasnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang menghala ke Mutiara Rini dari arah Gelang Patah sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan.
“Susulan kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami cedera di kepala serta badan,” katanya dam satu kenyataan.
Baca artikel berkaitan : Warga emas maut ditembak selepas main mahjung
Mengulas lanjut, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.
Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

