PENGERUSI Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan penyeludup minyak masak akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.
Menurut Annuar, terdapat banyak maklumat diterima pihaknya mengenai perkara itu dan pihak penguatkuasa tidak akan berkompromi dengan salah laku berkenaan.
Jelas beliau, pihak berkuasa juga ketika ini sedang melakukan pemantauan terhadap beberapa lagi rangkaian penyeludupan minyak masak.
“Kita sedang buat pemantauan (terhadap) beberapa lagi rangkaian penyeludup. Jadi jangan pihak yang menjalankan aktiviti penyeludupan merasakan mereka (penguat kuasa) terlepas pandang.
“Kita beri jaminan pihak penguat kuasa akan meneruskan tindakan mereka. Orang ramai juga boleh memberi maklumat mengenai isu penyelewengan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam siaran langsung sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi siri ketiga hari ini.
Baca artikel berkaitan: Harga minyak masak akan turun secara berperingkat – Annuar Musa
Sementara itu, Annuar berkata, sistem penyaluran subsidi kepada pembungkus semula minyak masak akan ditambah baik bagi mengelakkan isu penyeludupan berterusan.
Jelas beliau, antara punca berlakunya ‘kebocoran’ adalah kerana pembungkus semula minyak masak menghadapi masalah ‘aliran tunai’ kerana bayaran subsidi yang sepatutnya diterima lambat disalurkan.
“Ini mendorong mereka mengambil jalan pintas dengan menjual minyak yang ada, tidak mengikut saluran program subsidi untuk mendapat keuntungan cepat.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan sewajarnya terhadap masalah ini untuk membolehkan sistem penyalurannya ditambah baik.
“Hal ini bagi memastikan pihak pembungkus semula tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bayaran,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

