BAHAGIAN Operasi Pasukan Khas Pertahanan (BOPKP) berjaya melaksanakan Eksesais Black Snake di Jejambat (Viaduct), lapan kilometer dari Terminal Skypark Subang.
Eksesais itu dilakukan selama dua hari pada 6 hingga 7 Julai lalu dengan kerjasama syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perkongsian di Facebook rasmi berkata, eksesais yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk menguji keupayaan dan kemahiran anggota First Responder Group (FRG) ATM.
Jelas ATM, ia sebagai latihan dalam menghadapi krisis dengan melaksanakan operasi menyelamatkan tebusan di kawasan kritikal menyerupai situasi sebenar menggunakan Keretapi Komuter KTMB.
“Eksesais selama duahari ini turut menguji kemahiran anggota serangan melaksanakan penyusupan melalui udara ke sasaran yang dilaksanakan pada awal pagi dan kemampuan anggota bantuan yang terdiri daripada Tim Chemical, Biological, Radiologi, Nuclear and Explosive (CBRNe) yang melaksanakan proses penyahcemaran di atas maintenance trolley train ke atas penumpang yang di tawan.
“Sementara Tim Counter Improviced Explosive Device (CIED), Tim Perubatan, Tim Anjing Perang daripada Cawangan Serigala dan pasukan perunding juga mengaturgerakkan aset-aset mereka menggunakan maintenance trolley train untuk melaksanakan prosedur sebelum, semasa dan selepas serangan dilaksanakan,” kata ATM.
Baca artikel berkaitan: Masuk melalui pagar sempadan yang dirosakkan, 47 PATI ditahan ATM
Mengulas lanjut, ATM berkata, kolaborasi bersama KTMB berjaya mewujudkan suasana yang lebih realistik di dalam latihan dimana pihak KTMB turut menyediakan tiga coach keretapi Electric Multiple Unit Class 83, 2 x Maintenance Trolley Train dan staf-staf KTMB bagi menjayakan eksesais tersebut.
Jelas ATM, selain anggota BOPKP, eksesais itu turut melibatkan aset-aset ATM seperti Helikopter EC 725 dari 10 Skuadron PU Kuantan, Helikopter AW109 LOH dari Skuadron 881 PUTD, Cawangan Serigala dari Pusat Latihan Darat (PULADA), Tim CBRNe dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD), Tim CIED dari 91 Rejimen Bantuan RAJD, Tim Perubatan dari Batalion Kedua Perubatan Kluang, Staf J3 Op Khas Markas Angkatan Bersama dan bantuan anggota-anggota ATM serta staf-staf KTMB yang bertindak sebagai tebusan serta pengganas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

