Kesemua PATI yang ditahan di hantar ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

TINDAKAN licik 47 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegera Myanmar masuk melalui pagar sempadan yang dirosakkan berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di di sempadan negara Malaysia-Thailand, Bukit Kayu Hitam, semalam

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan kesemua PATI itu terdiri daripada lelaki dan wanita berusia antara 15 hingga 49 tahun.

Jelas kenyataan tersebut, mereka ditahan ketika merentasi sempadan di kawasan ladang getah yang dalam Sektor Op Benteng Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia pada jam 5.45 pagi.

“Pasukan Serang dan Tangkap (SERKAP) yang ditempatkan di kawasan pagar sempadan Malaysia-Thailand telah mengesan kelibat sekumpulan orang awam yang sedang bersembunyi berhampiran laluan jalan tidak berturap dalam kebun getah.

“Anggota bertugas seterusnya bertindak menjejaki dan menahan kesemua orang awam terbabit seramai 47 orang.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Baca artikel berkaitan: Lima PATI dicekup selepas kereta terbabas ke dalam longkang

Mengulas lanjut, kenyatan itu memaklumkan, kesemua PATI yang diberkas telah dihantar ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

Jelas kenyataan tersebut, 34 telefon bimbit dan wang tunai Thailand, Myanmar dan China dengan anggaran nilai keseluruhan RM 27,608 turut dirampas dalam operasi tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram