Malaysia muncul juara Piala AFF B-19 selepas benam Laos 2-0

Dari Penulis

SKUAD Bawah 19 Tahun (B-19) negara muncul juara selepas menewaskan pasukan Laos 2-0 dalam perlawanan akhir Piala AFF B-19 2022 di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia, sebentar tadi.

Pasukan Harimau Muda tersebut bertindak cemerlang apabila berjaya membolosi jaringan lawan melalui jaringan Faiz Amer Runnizar pada minit ke-14 dan Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-76

Kemenangan skuad Harimau Muda tersebut memberi makna yang sangat besar kepada peminat sukan bola sepak negara selepas mereka pernah memenangi gelaran pertama kejuaraan itu pada 2018, yang juga diadakan di bumi Indonesia.

Malah, anak buah Hassan Sazali Waras juga berjaya membalas dendam ke atas lawan sama di mana skuad Harimau Muda negara tewas 0-1 di peringkat kumpulan sebelum ini.

Skuad negara meraih gol pertama menerusi Faiz Amer Runnizar di minit ke-14 selepas tonggak pertahanan itu berjaya menjaringkan gol hasil daripada sepakan percuma yang diambil Adam Farhan.

Memasuki babak kedua, Laos yang menundukkan Thailand di separuh akhir cuba memperkemaskan aksi, namun pertahanan negara berjaya bertahan.

Ketika anak buah Michael Weiss hebat mengasak, Malaysia menambah gol kedua di minit ke-77 menerusi Aliff Izwan yang menerpa dengan cantik untuk menyelesaikan hantaran rakan sepasukan.

Pada final 2018 lalu, skuad negara menang 4-3 ke atas Myanmar sebelum tumbang 0-1 kepada Australia di pentas sama tiga tahun lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This