Sebuah bas pekerja terbakar sebelum bergerak sendiri lalu terhenti di hadapan sebuah kedai. GAMBAR: Bomba.

KIRA-kira 20 pekerja kilang berdepan detik cemas selepas bas yang dinaiki secara tiba-tiba terbakar dalam satu kejadian di Persiaran Raja Muda Musa, Klang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian pada puku 6.20 petang itu membabitkan sebuah bas dan kereta Perodua Kancil.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bas terbabit dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang dari Pandamaran untuk menghantar pekerja.

“Apabila sampai di Persiaran Raja Muda Musa berhampiran Pelabuhan Klang, secara tiba-tiba keluar asap di bahagian gear,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, pemandu bas berusia 30 tahun itu terus memberhentikan bas di tepi jalan lalu mengarahkan penumpang untuk turun.

Baca artikel berkaitan : Polis nafi dua jengkaut terbakar disebabkan pemerasan kongsi gelap

Katanya, tidak lama kemudian bas mula bergerak sendiri dengan kelajuan perlahan sebelum melanggar bahagian belakang kereta Perodua Kancil lalu masuk ke laluan bertentangan dan terhenti di hadapan sebuah kedai.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Rule 10 LN166/59.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan kejadian pada pukul 6.16 petang.

Jelasnya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang telah dikerahkan ke lokasi dan mendapati bas tersebut dianggarkan terbakar 40 peratus.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram