POLIS mengesahkan tiada sebarang unsur pemerasan membabitkan kumpulan kongsi gelap selepas dua buah jengkaut terbakar di tepi Jalan Sri Cheeding, Kuala Langat, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kejadian berlaku di kawasan tapak projek pemasangan paip gas pada pukul 9.40 malam.
Beliau berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian tersebut.
“Sehingga kini, dua lelaki warga tempatan berusia 18 dan 26 tahun ditahan di Jalan Sri Cheeding pada pukul 11.30 bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, polis juga telah memanggil pemilik akaun TikTok bernama “Tok Naz” yang memuat naik video berkenaan bagi diambil keterangan.
“Pemilik akaun tersebut memberitahu bahawa beliau hanya mendengar khabar angin sahaja dan tidak dapat mengesahkan kebenaran mengenai punca kejadian yang berlaku”.
Baca artikel berkaitan : Dua lelaki disyaki bunuh warga asing ditahan
Katanya, kes kini disiasat di bawah seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebar sebarang berita yang tidak dapat disahkan kebenarannya.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan kejadian kebakaran tersebut dinasihatkan supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Fadzil Mohamad Saidi di talian 013-9311208 atau 03-31872222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

