Gambar hiasan.

SEORANG peniaga terpaksa berputih mata apabila kerugian RM1,022,300 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 50 tahun semalam.

Mengulas lanjut, mangsa menerima panggilan daripada suspek yang mendakwa syarikat miliknya mempunyai tunggakan cukai pada pertengahan Mei lalu.

Suspek telah menakutkan mangsa sebelum membuatkan mangsa terpedaya sehingga mengikut arahan membuat pembayaran tunai melalui mesin deposit tunai sejumlah RM900,000 ke dalam 16 buah akaun yang berbeza.

“Mangsa juga telah menyerahkan akses perbankan atas talian kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Tipu pesara RM64,000, empat warga Nigeria dalang ‘parcel scam’ ditahan

Jelasnya, mangsa telah membuat semakan ke atas akan bank miliknya dan mendapati terdapat tujuh transaksi berjumlah RM122,300 telah dipindahkan kepada individu tidak dikenali tanpa pengetahuan mangsa.

Susulan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasat lanjut terhadap ‘”keldai akaun” turut diambil terhadap pemilik akaun yang terlibat.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya akan panggilan yang mendakwa diri sebagai pihak berkuasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram