Ahli Parlimen Parit dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif SPNB baharu

Dari Penulis

AHLI Parlimen Parit Datuk Mohd Nizar Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) yang baharu berkuat kuasa 15 Julai lepas. 

SPNB dalam kenyataan hari ini memaklumkan lantikan Mohd Nizar itu adalah bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya Haniza Mohamed Talha yang telah memegang jawatan itu sejak 2 April, tahun lepas.

Menurut kenyataan itu, Mohd Nizar memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol di Sumatera Barat, Indonesia.

Baca artikel berkaitan: 4 maut, 3 parah motosikal rempuh sesama sendiri

Selain memegang portfolio sebagai Ahli Parlimen, Mohd Nizar juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Perak, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, serta Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan Parit.

“Kami mengalu-alukan pelantikan pengerusi baharu SPNB dalam barisan kepimpinan syarikat dan berharap beliau akan dapat menyuntik semangat untuk SPNB terus mencapai kecemerlangan di masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This