BEKAS pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata ia susulan setelah pihaknya mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Imigresen.
Mohd Iqbal berkata setakat ini pihaknya turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh orang awam selepas hebahan berhubung kehilangan Zalina Shaharah, 58, dilakukan polis.
Baca artikel berkaitan: Rumah Zalina Azman sedang diubahsuai, dia mungkin tidak menginap di situ – Jiran
Pagi tadi sebuah portal hiburan tempatan melaporkan terdapat individu yang mendakwa melihat seorang wanita seperti Zalina Shaharah pada Ahad lepas menerusi Twitter miliknya, Mosyuki Borhan.
Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, dekat sini kira-kira 1 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.
Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.Â
Zalina Shaharah dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegra

