SELEPAS dua tahun tidak dapat dianjurkan berikutan pandemik Covid-19, Malaysia Golden Global Awards (MGGA 2022) akhirnya berlangsung meriah baru-baru ini di Istana Budaya.
Anugerah yang menghimpunkan ramai penggiat seni dari dalam dan luar negara itu dihoskan oleh Elaine Daily dan Hansen Lee.
Penyanyi Ning Baizura turut menyerikan majlis penuh berprestij dengan persembahan mengasyikkan.

Lima juri dilantik bagi mengadili MGGA 2022 iaitu bintang Indonesia Christine Hakim selaku Presiden Juri, Lav Diaz (pembikin filem Filipina), Sabrina Baracetti (Presiden Festival Filem Udine Far East), Ho Wi Ding (pengarah Malaysia berpangkalan di Taiwan) dan Chong Keat Aun (pengarah Malaysia).
10 filem terbaik telah dinilai oleh barisan juri profesional untuk berada dalam senarai pendek.

Berikut adalah senarai penuh pemenang :
FILEM TERBAIK : Drowning in Holy Water

PENGARAH TERBAIK : Eric Gravel ( Filem Full Time)
PELAKON WANITA TERBAIK : Laure Calamy (Filem Full Time)
PELAKON LELAKI TERBAIK : Asik Shaikh dan Arif Shaikh (Filem Two Friends)

LAKON LAYAR TERBAIK: Muzammer Rahman (Filem Hail! Driver)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK : Afia Jahin Jaima (Filem Rehana)
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK : Kim Hyu-Bin (Filem The Silent Forest)
ANUGERAH PENCAPAIAN HAYAT : Hou Hsiao-Hsein (Taiwan) & Kim Don-Ho (Korea Selatan)

SINEMATOGRAFI TERBAIK : Lim Teck Siang (Filem Whether The Weather is Fine)
ANUGERAH HARAPAN BAHARU : White Building
ANUGERAH PILIHAN PENONTON : The Story of Southern Islet

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

