“Selagi masih tiada kata putus…,” – Zara Zya jawab hubungan dengan Shuib Sepahtu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

TEKA-teki hubungan pelakon Zara Zya dan pelawak Shuib Sepahtu selepas video di TikTok yang memaparkan kemesraan dua figura ini masih menjadi tanda tanya.

Malah, ramai peminat turut memberi ‘lampu hijau’ andai mereka benar-benar sedang dilamun cinta selain turut mendoakan agar hubungan itu berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Namun, ketika URTV berpeluang menemu ramah Zara, wanita bertubuh genit itu bagaimanapun menafikan dakwaan dia dan Shuib mempunyai hubungan istimewa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shuib hantar Zara Zya hingga ke pintu kereta, netizen puji sikap hormati wanita

“Saya memang tak nak ulas panjang mengenai hal ini. Tapi saya faham ramai yang nak tahu tentang saya.

“Selagi masih tiada kata putus, orang masih nak tahu tentang hubungan cinta saya,” katanya.

Tambah pelakon Honey-Moon itu lagi, dia bakal membuka cawangan baharu kedai minuman berasaskan madu, Bumble Bee.

Pendedahan itu sekaligus memberi jawapan tentang hubungan rapat dirinya dengan Shuib seperti yang dikongsikan menerusi video di laman sosialnya.

“Doakan yang baik-baik. Tapi, apa yang boleh saya katakan, selepas ini saya akan membuka cawangan baru Bubble Bee,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This