KASIH ayah memang jarang kita akan dapat lihat, tetapi apabila ia berlaku pasti menyentuh hati dan perasaan dek kerana ia terlalu berharga.

Hari ini, aksi seorang lelaki tua berlari sekuat hati selepas melihat anak yang dipelihara pengsan di padang kawad cukup menyentuh perasaan termasuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Mana tidaknya, gambar yang dikongsi Alexander cukup menyentuh perasaan hadirin yang hadir.

Si ayah yang tua langsung tidak menghiraukan selipar yang tercabut dari kakinya dan terus membantu si anak untuk kembali berdiri meneruskan acara perbarisan kawad kaki.

Menerusi hantaran Datuk Seri Alexander di laman sosial, beliau menyifatkan pengorbanan dan kasih sayang si ayah buat anak tiada galang gantinya.

“Banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar ini. Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu.

“Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata,” katanya.

Baca artikel berkaitan : 2 juta warganet mata masuk habuk gara-gara seutas jam tangan Rado buat seorang ayah

Tulis Alexander, beliau menyangka si ayah akan membawa anaknya keluar dari perbarisan tetapi sangkaannya ternyata meleset.

“Yang hadir di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, pagi tadi menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya.

“Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset,” tulis beliau pada hantaran Facebook miliknya hari ini.

Jelasnya, tindakan si ayah tersebut telah membuatkan pada hadirin dan dirinya mengalirkan air mata.

@utusantvofficial

Min yang edit video, mata sampai masuk habuk. Lokasi Maktab Penjara Kajang | 21 JUL 2022. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ Ayah – Seventeen

“Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah.

“Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali.

“Kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah – hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan penguat kuasa KPDNHEP yang tular itu adalah anak angkatnya yang kini bertugas di Tawau, Sabah, dikenali Nik Mohd Adhar.

Katanya, beliau menghubungi Nik Mohd Adhar untuk bertanya khabar dan dimaklumkan bahawa pemuda itu demam ketika perbarisan pagi tadi.

“Belau merupakan anak yatim piatu sejak sekolah lagi. Itu sebab kami ambil beliau sebagai salah seorang anak angkat kami sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.

Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali selepas jatuh pitam ialah bapa saudaranya, Abdul Aziz Ya’acob yang memeliharanya sejak kematian kedua ibu bapa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram