Reruai Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad menjadi perhatian dalam Jelajah AKM Kelantan. GAMBAR: BERNAMA

ANTARA yang dilihat menjadi tumpuan ramai pengunjung Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) edisi Kelantan di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu hari ini ialah jualan minyak masak peket satu kilogram (kg) yang berharga RM2.50 di reruai Felda Global Ventures (FGV) Holding Berhad.

Perunding Jualan FGV, Syeikh Mohammad Saifullah berkata, selain minyak peket satu kg, turut menjadi tumpuan ramai yang berkunjung ke reruai FGV adalah jualan minyak masak 5kg yang berharga RM40 sebotol.

“Yang istimewanya di reruai FGV ini, dengan setiap pembelian minyak botol Saji 5kg pembeli akan menerima dua kotak santan keluaran Saji secara percuma,” katanya ketika ditemui Bernama.

Sementara itu seorang pengunjung Danny Eun, 68, meluahkan rasa puas hati kerana reruai FGV itu memudahkan beliau mendapatkan barangan keperluan seperti minyak masak peket berkenaan.

Baca artikel berkaitan: ‘Bekwoh Keluarga Malaysia’ tarikan Jelajah AKM di Kelantan

“Pembelian pertama saya adalah minyak satu kilo daripada Saji…kalau di luar sana (kedai runcit) memang teramat susah untuk dapatkan minyak masak peket ini sebab bekalannya sentiasa tidak mencukupi,” kata pesara itu.

Seorang lagi pengunjung yang juga merupakan suri rumah daripada Pengkalan Chepa, Rabiatul Akmal, 37, turut tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan dua pek minyak masak peket satu kg, dan beliau amat jelas bersyukur dengan kemudahan yang disediakan FGV di reruai berkenaan.

Jelajah AKM Kelantan bermula hari ini hingga Ahad bakal memanfaatkan Keluarga Malaysia di Kelantan dengan pelbagai program rakyat dan digitalisasi selaras dengan hasrat kerajaan memantapkan pendigitalan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram