Annuar Musa lawat pejabat DNB, tinjau status terkini jalur lebar negara

Dari Penulis

MALAYSIA kini sedang melaksanakan kerja-kerja meningkatkan liputan dan rangkaian teknologi selular 5G bertujuan menyampaikan sambungan yang lebih pantas, kelajuan lebih tinggi dan rangkaian lebih dipercayai.

Sehubungan itu, Digital Nasional Berhad (DNB), anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) telah ditubuhkan dan diberi mandat oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi pihak neutral tunggal bagi melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G ke seluruh negara.

Ia dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta) untuk menyediakan perkhidmatan liputan dan kapasiti 5G secara borong kepada pemegang lesen yang lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hari ini telah melawat pejabat DNB di Kuala Lumpur bagi mengetahui perkembangan teknologi tersebut di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hari ini melawat pejabat DNB di Kuala Lumpur

“Seperti biasa saya akan melihat dengan dekat mengenai status terkini perlaksanaan rangkaian 5G negara oleh Digital Nasional Berhad (DNB) bagi memastikan semuanya teratur dan mengikut jadual,” katanya dalam Facebook miliknya hari ini.

Katanya, beliau akan buat beberapa pengumuman dalam masa terdekat berhubung inisiatif-inisiatif baru untuk terus memperbaiki perkhidmatan jalur lebar negara. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This