DUA warga asing yang terlibat dalam lima kes pecah rumah di sekitar Ampang dicekup polis pada pukul 4 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, kedua-dua suspek merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Katanya, pihak polis sebelum itu menerima laporan kejadian pecah rumah di Taman Dagang daripada pegawai bank pada hari Selasa lalu.
“Mangsa berusia 36 tahun itu telah dimaklumkan oleh seorang kenalan lama bahawa jeriji pintu belakang rumah telah dirosakkan dan dalam keadaan terbuka.
“Mangsa dapati beberapa unit pendingin hawa, sebuah ketuhar gelombang mikro, dapur dan empat buah jeriji tingkap telah hilang di mana kesemua bernilai kira-kira RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, suspek berusia 22 dan 26 tahun itu ditangkap menerusi beberapa siri tangkapan di kawasan Ampang dan Kuala Lumpur.
“Semakan mendapati suspek pertama mempunyai sebuah rekod jenayah lampau manakala suspek kedua dengan lima rekod jenayah”.
Baca artikel berkaitan : Rasuah, SPRM buru dua pemegang kad UNHCR warga Myanmar
Malah, polis juga telah merampas beberapa buah komponen mesin pemampat pendingin hawa dan alatan pecah rumah.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan mengumpil jeriji tingkap bilik dan masuk ketika tiada orang di rumah,” katanya.
Jelasnya, suspek kini ditahan reman tujuh hari sehingga Khamis dan kes kini disiasat bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan.
Sehubungan itu, polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang perbuatan pecah rumah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

