Penganggur tumbuk bekas isteri selepas dihalang jumpa anak

Dari Penulis

SEORANG penganggur ditahan polis selepas bertindak menumbuk bekas isteri dalam satu kejadian di Taman Melor, Ampang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang peniaga wanita berusia 47 tahun yang mendakwa pintu pagar rumah telah dicabutkan suspek.

Beliau berkata, mangsa telah diberitahu oleh anaknya bahawa bekas suami berada di dalam rumah sewaktu mangsa sedang membuat laporan polis pada pukul 4.30 petang.

“Mangsa telah pulang ke rumah dan berlaku pergaduhan sehingga ditumbuk oleh suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, rumah tersebut adalah milik suspek dan suspek memiliki kunci.

Susulan pergaduhan tersebut, mangsa mengalami sakit-sakit pada rahang kanan, kepala, tengkuk dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Punca pergaduhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila tidak dibenarkan berjumpa dengan anak pasangan itu.

“Suspek berusia 57 tahun itu telah ditahan di tempat kejadian pada pukul 6.38 petang.

“Polis telah menemui tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dalam milikan suspek,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan : Lelaki ditemukan mati, dipercayai dipukul isteri

Tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC serta memiliki sembilan rekod lampau melibatkan kes dadah.

Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 323Kanun Keseksaan atau 18A Akta Keganasan Rumahtangga, Seksyen 6 kerana memiliki ganja dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda yang...

More Articles Like This