PPIM sumbang van jenazah, dana RM65,000

Dari Penulis

PRIHATIN terhadap keperluan masyarakat setempat, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyumbangkan sebuah van jenazah dan dana RM65,000 bantuan baik pulih madrasah Kampung Raja Hilir serta Kampung Tirok, Machang semalam.

Serahan sumbangan itu turut mendapat kerjasama KINGZ Motorcycle Group (KINGZ MG) menerusi program Konvoi “Charity Ride” melibatkan sebanyak 20 buah motosikal jenis Harley Davidson.

Sukarelawan PPIM dan kumpulan konvoi motosikal KINGZ MG bertolak dari Plaza Tol Gombak pada jam 8 pagi dan tiba di Kampung Raja Hilir kira-kira jam 3 petang.

Ketibaan mereka turut mendapat sambutan daripada persatuan penduduk di Kampung Raja Hilir, Kelantan.

PPIM dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan yang diserahkan adalah hasil sumbangan orang ramai menerusi platform dalam talian iaitu sumbangan.com.

“Bagaimanapun, dana sumbangan bagi Kempen Van Jenazah ini masih tidak mencukupi sebanyak RM30,000 lagi untuk memastikan orang ramai mendapat manfaat menerusi kempen ini.

Baca: PPIM agih sumbangan Infaq Rezeki bagi pemandu teksi

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari platform sumbangan.com yang mensasarkan sumbangan van jenazah sebanyak 10 unit yang masih dalam senarai menunggu.

“Dana yang diperlukan bagi pembelian sebuah van jenazah baru yang siap diubah suai adalah sebanyak RM165,000,” kata PPIM dalam kenyataan itu.

Kempen yang dikelolakan oleh Unit Kebajikan PPIM ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari KINGSZ Motorcycle Group, Berqat.com dan Harley Davidson Kuala Lumpur (HDKL).

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Siti Khadijah di talian +6012-357 8663 atau Cik Anis Sakinah di talian +6018-967 2930.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This