Lelaki mabuk duduk atas bumbung Toyota Vellfire ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG lelaki dalam keadaan mabuk yang duduk di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire ketika bersiar-siar di Langkawi yang video dan gambarnya tular dalam media sosial telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan, suspek warga tempatan itu telah ditahan kelmarin.

Menurut beliau, suspek berusia 25 tahun itu telah ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada pukul 7 malam.

“Siasatan awal mendapati suspek menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dan datang bercuti ke pulau ini bersama sekumpulan rakannya.

Baca artikel berkaitan: 12 pemandu mabuk ditahan Polis KL

Suami isteri maut dilanggar pemandu Myvi dipercayai mabuk di Jasin

“Lelaki tersebut telah direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lalu, Shariman memaklumkan pihaknya sedang mengesan seorang pelancong lelaki yang dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di sekitar pulau peranginan itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, ia susulan polis menerima maklumat insiden lelaki berkenaan duduk di atas bumbung Toyota Vellfire yang tular di media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang motosikal maut, rempuh Axia lepas langgar lampu merah

SEORANG penunggang maut selepas motosikal ditunggang merempuh sebuah kereta jenis Perodua Axia di Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi...

More Articles Like This